25 Contoh Soalan Temuduga Guru KAFA

Share Artikel

Tahniah kerana anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja guru KAFA. Seperti mana-mana temuduga, anda perlu membuat persediaan dari awal.

Temuduga guru KAFA terbahagi kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama anda akan diuji dengan ujian bertulis. Manakala dalam bahagian kedua pula anda akan diuji secara lisan pula.

Pada bahagian kedua inilah anda akan ditemuduga oleh panel penemuduga.

Ujian Bertulis Temuduga KAFA

Soalan ujian bertulis KAFA adalah berbentuk subjektif yang ditulis dalam tulisan jawi dan juga arab.

Soalan ujian pula merangkumi pelbagai topik sirah, al-quran, tajwid, akhlak, fekah, tauhid, jawi, bahasa arab dan sahsiah. Anda perlu menjawab menggunakan tulisan jawi dan masa menjawab adalah 1 jam sahaja.

Al-Quran:

  • Anda diminta untuk menuliskan ayat al-quran beserta barisnya. Ataupun menulis doa beserta barisnya.
  • Contoh soalan:
    1. Tuliskan ayat 1-5 surah Al-Fatihah dengan rasm Uthmani.
    2. Tuliskan ayat 1-5 surah Yasin dengan rasm Uthmani.

Sirah:

  • Kisah-kisah nabi
  • Hijrah nabi
  • Perang dalam Islam
  • Wahyu pertama
  • Qiblat orang Islam
  • Contoh soalan:
    1. Bila Nabi Muhammad s.a.w menunaikan haji widak?
    2. Siapakah sahabat yang menggantikan tempat tidur nabi sewaktu nabi berhijrah?

Bahasa Arab:

  • Anda diminta untuk menterjemahkan bahasa arab ke bahasa Melayu atau sebaliknya.
  • Soalan lain yang boleh ditanya termasuklah membuat ayat berdasarkan perkataan arab yang diberikan.
  • Anda juga boleh ditanya tentang mufrat, musanna dan jamak.

Jawi:

  • Anda diminta untuk menjawikan perkataan yang diberikan.
  • Contohnya:

Jawikan perkataan berikut:

  1. Universiti
  2. Internet
  3. Transformasi

Soalan lain yang boleh ditanya termasuklah:

  • Bila solat difardhukan
  • Hukum ibadah korban
  • Beza ibadah korban dan akikah
  • Dalil dosa dan pahala
  • Dalil pensyariatan ibadah korban
  • Rukun iman dan rukun Islam
  • Sifaf wajib bagi Allah
  • Hujum tajwid
  • Tuliskan doa qunut beserta baris
  • Nabi ulul-azmi

Kebanyakan soalan yang ditanya adalah berkaitan tentang pengetahuan asas agama, yang mana lazimnya memang diketahui oleh semua orang Islam.

format temuduga guru kafa
Temuduga guru KAFA ada 2 bahagian. Ujian bertulis dan ujian lisan.

Ujian Lisan Temuduga Guru KAFA

Dalam ujian lisan, kebiasaannya pada awal sesi, anda akan diminta untuk membaca beberapa surah lazim.

Contoh soalan yang boleh ditanyakan dalam temuduga guru KAFA adalah:

  • Perkenalkan diri anda
  • Apa yang anda tahu tentang KAFA?
  • UPKK untuk murid darjah berapa?
  • Apakah kipas dalam bahasa arab?
  • Apakah seratus dalam bahasa arab?

UPKK - Ujian Penilaian Kelas KAFA

  • Siapakah pengarah JAKIM Selangor?
  • Sebutkan rukun Islam
  • Sebutkan rukun iman
  • Sebutkan 5 malaikat dan tugasnya
  • Sebutkan rukun wuduk

Baca: [ Bagaimana Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga? ]

  • Apakah sifat harus bagi Allah?
  • Apakah sifat wajib bagi Allah?
  • Apakah sifat mustahil bagi Allah?
  • Apakah sifat wajib bagi rasul?
  • Berapakah jumlah surah dalam Al-quran?
  • Sebutkan perkara yang membatalkan puasa
  • Sebutkan syarat wajib puasa
  • Sebutkan syarat sah solat
  • Bacakan 1 surah lazim
  • Apakah hukum tajwid ini?
  • Bacakan ayat Al-Quran ini
  • Siapakah nama Yang Dipertuan Agong sekarang?
  • Siapakah nama sultan Selangor?
  • Apakah misi JAIS?
  • Apakah visi JAIS?

Baca: [ Mengapa Anda Mungkin Gagal Temuduga Kerja? ]

sebab tidak dipanggil temuduga
Tak dipanggil temuduga guru KAFA

Sebab Tidak Dipanggil Ke Temuduga KAFA

Apakah sebabnya calon tidak dipanggil ke temuduga KAFA?

Apabila calon tidak dipanggil ke temuduga KAFA, bukan bererti calon tersebut tidak bagus. Cuma kadang-kala ada calon yang membuat kesilapan dan kesalahan kecil seperti tidak mengisi borang dengan betul.

Semak borang anda beberapa kali sebelum hantar ya!

Cara Mohon Guru KAFA

Bagaimana cara untuk memohon menjadi guru KAFA?

Untuk menjadi seorang guru KAFA, anda perlu lulus temuduga guru KAFA terlebih dahulu. Selepas lulus temuduga tersebut barulah anda akan dipanggil untuk penempatan mengajar.

Permohonan untuk menjadi guru KAFA dibuka sepanjang masa.

Anda boleh mengambil borang di Pejabat Pendidikan Daerah. Borang boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Isi borang dan hantar.

Apabila ada kekosongan jawatan dan sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, anda akan dipanggil untuk mengambil ujian bertulis .

Semoga Berjaya

Kami doakan anda berjaya dalam temuduga guru KAFA yang anda hadiri. Kami doakan anda menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang dalam usaha mendidik anak bangsa.

Sumber: NurNana, MarhaenBahagia, FarhanaMohamad, Puteri

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.