25 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17
Anda akan menghadiri temuduga Pegawai Imigresen KP17 ke?
Anda sedang membaca artikel yang betul. Dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17.
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17
Tahniah kerana telah dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Dalam mana-mana temuduga, lazimnya ia akan dimulai dengan soalan yang meminta anda untuk memperkenalkan diri.
Ada kemungkinan juga soalan temuduga akan ditanyakan dalam bahasa Inggeris. Apabila penemuduga bertanya dalam bahasa Inggeris, anda juga perlu menjawab dalam bahasa Inggeris.
Berikut adalah contoh soalan temuduga yang boleh ditanya oleh penemuduga:
- Boleh anda nyatakan objektif Jabatan Imigresen Malaysia?
- Adakah anda sangup jika dihantar bertugas ke Labuan?
- Mengapa PATI diisytiharkan sebagai "tanpa izin"?
- Sekiranya anda ditempatkan di depot tahanan atau di bahagian penguatkuasaan, adakah anda sanggup bekerja malam?
- Sila terangkan apakah fungsi Jabatan Imigresen Malaysia?
Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga ]
- Apakah kepentingan bahasa Inggeris apabila anda bertugas sebagai Pegawai Imigresen?
- Jabatan Imigresen berada di bawah kementerian mana dan siapa menterinya?
- Sudah berapa kali anda menghadiri temuduga kerja kerajaan?
- Apa yang anda tahu tentang jawatan Pegawai Imigresen KP17?
- Bagaimana caranya untuk menghadapi gejala rasuah yang semakin berleluasa?
Baca: [ Jenis-Jenis Temuduga Yang Anda Perlu Tahu ]
- Apakah insentif-insentif yang diterima sebagai penjawat awam?
- Mengapa anda ingin bekerja sebagai Pegawai Imigresen?
- Jika kerajaan yang memerintah bertukar, adakah anda akan menyokong kerajaan yang baru?
- Apakah tugas pegawai yang bertugas di pintu masuk negara?
- Apakah nilai-nilai yang perlu ada pada seorang Pegawai Imigresen?
Baca: [ Mengapa Graduan Fresh Graduate Gagal Temuduga Kerja? ]
- Apakah yang anda faham tentang integriti?
- Sila sebutkan rukun negara satu-persatu.
- Apa persediaan yang awak buat sebelum datang temuduga ini?
- Siapa pengarah Jabatan Imigresen Malaysia?
- Ramai orang awam menyalahkan pihak Imigresen di atas kebanjiran PATI di negara ini. Apakah pandangan anda tentang hal ini?
Baca: [ Cara Daftar Akaun SPA8i ]
- Namakan pintu-pintu masuk ke negara Malaysia yang telah diwartakan.
- Apakah yang anda faham tentang 6P?
- Apakah cabaran bekerja sebagai seorang Pegawai Imigresen?
- Berapakah gaji seorang Pegawai Imigresen KP17?
- Apakah yang anda akan lakukan jika pihak atasan meminta anda membuat sesuatu tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan?
Dimana Mahu Cari Jawapan Temuduga?
Untuk mencari jawapan temuduga, anda boleh cuba google dan cari blog yang kongsikan pengalaman temuduga Pegawai Imigresen.
Selain itu anda boleh merujuk kepada laman web SPA dan Jabatan Imigresen. Banyak maklumat yang anda boleh perolehi di sana
Anda juga boleh cuba cari contoh soalan lazim dalam temuduga dan jawapannya. Kemudian anda ubahsuai jawapannya mengikut kesesuaian.
Tetapi jika anda mahu nota ringkas untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, baca sampai habis. Kami akan kongsikan SENJATA RAHSIA KHAS untuk temuduga kerja kerajaan kepada anda.
Tips Menghadiri Temuduga Pegawai Imigresen KP17
Sebelum anda hadir, kami ingin tekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan temuduga tersebut.
Lulus Ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan
Sebelum anda dipanggil masuk ke sesi temuduga, anda harus terlebih dahulu lulus ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan. Jika anda tidak berjaya di peringkat ini, anda tidak akan dipanggil ke sesi temuduga.
Berikut adalah syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera:
- Tinggi minimum tanpa berkasut, 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita.
- Berat badan minimum, 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara 19 hingga 26.
- Ukuran dada biasa minimum 79cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja).
- Ujian penglihatan, lulus dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata.
- Lulus ujian pengecaman warna
- Pendengaran yang tidak cacat.
- Harus diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Nanti dalam ujian fizikal ada kawad tahu. Jadi jikalau anda belum pernah berkawad, praktis awal-awal.
Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat contoh ujian fizikal dan pancaindera.
Untuk ujian kecergasan pula anda dikendaki untuk membuat perkara berikut:
- Larian 2.4 kilometer dalam tempoh 12 minit bagi lelaki dan 15 minit bagi wanita.
- Pumping sebanyak 30x bagi lelaki dan 28x bagi wanita dalam tempoh 2 minit.
- Larian ulang alik sejauh 10m dalam tempoh 10 saat bagi lelaki dan 12 saat bagi wanita.
- Lombat 215 sentimeter bagi lelaki dan 162 sentimeter bagi wanita.
Ambil tahu tentang jawatan Pegawai Imigresen
Ambil tahu tentang jawatan yang dipohon seperti grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya dan juga tugas-tugasnya.
Berikut adalah maklumat tentang jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17:
Gred: KP17
Kumpulan: Sokongan
Jabatan: Jabatan Imigresen
Kementerian: Kementerian Dalam Negeri
Gaji Minimum: RM936
Gaji Maksimum: RM3424
Kenaikan Gaji Tahunan: RM95
Persediaan Pada Hari Temuduga
Pada hari temuduga, sebaiknya anda datang terus dengan berpakaian sukan. Senang dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu menukar pakaian lagi apabila sampai di tempat temuduga. Tetapi jangan lupa bawa pakaian formal untuk sesi temuduga pula.
Selepas anda berjaya dalam ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan, barulah tukar kepada pakaian formal untuk temuduga.
Semoga Berjaya
Soalan yang diterima oleh calon mungkin berbeza. Jadi buat persediaan seawal mungkin. Mudah cerita, jikalau anda ingin kerja kerajaan buat sahaja persiapan dari awal.
Dijamin CONFIRM banyak benda nak kena study. Tetapi bukan semua yang anda study akan ditanya dalam temuduga. 🙂
Kami doakan anda berjaya dalam temuduga yang anda hadiri.
Sumber: Cinta Sikerang, AleenHaslina, CikPuanIda