6 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 MQA

Share Artikel

Anda akan menghadiri temuduga Pengawai Tadbir N41?

Dalam artikel ini, kami akan berikan anda beberapa contoh soalan temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 bagi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Contoh-contoh soalan ini kami kumpulkan dari pengalaman yang ditulis oleh mereka yang pernah menghadiri temuduga MQA.

Sila Perkenalkan Diri Anda

Soalan tentang memperkenalkan diri adalah salah satu soalan standard yang akan ditanya oleh penemuduga.

Ketika menjawab soalan ini, elakkan dari memberikan jawapan yang meleret-leret tetapi tiada berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga ]

Apa Yang Anda Tahu Tentang MQA?

Berikut adalah poin-poin yang boleh anda gunakan apabila menjawab soalan tentang Malaysian Qualifications Agency (MQA):

  • Bilakah MQA ditubuhkan?
  • Apakah peranan MQA?
  • Apakah perbezaan MQA, MQR dan MQF?

MQA = Malaysian Qualifications Agency
MQR = Malaysian Qualifications Register
MQF = Malaysian Qualifications Framework

Mengapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja Dengan MQA?

Soalan ini bertanyakan tentang kebolehan atau kelebihan anda yang boleh membantu MQA apabila anda diambil bekerja dengan MQA.

Tips Menjawab:

Berikan kelebihan anda yang boleh dibuktikan. Contohnya, kaitkan kebolehan tersebut dengan pengalaman kerja yang lepas.

Elakkan memberi jawapan umum yang tidak dapat dibuktikan. Contohnya, sifaf seperti rajin, jujur dan amanah.

Kenapa MQA Perlu Ambil Anda Dan Kenapa MQA Rugi Jika Tidak Ambil Anda Bekerja?

Soalan ini sama dengan soalan di atas dengan sedikit penambahan soalan. Elakkan memberi jawapan yang membuatkan anda kelihatan over-confident.

Apa Pendapat Anda Tentang Komitmen Kerja Kedua?

Antara isu tentang kerja kedua adalah hilang fokus sehingga menyebabkan kerja utama terganggu.

Anda boleh memberikan jawapan anda yang tersendiri dan berikan sebab yang munasabah untuk menyokong jawapan anda.

Berikan Contoh Kerja Kebajikan Yang Pernah Anda Lakukan?

Jika anda tidak pernah terlibat dengan sebarang kerja kebajikan, anda boleh menceritakan tentang sumbangan yang bersifat. Contohnya:

  • Menderma ke Aman Palestine
  • Menderma pakaian terpakai ke mangsa banjir
  • Menderma darah setiap 3 bulan
  • Melawat ke rumah orang-orang tua dan anak yatim

Kesimpulan

Soalan di atas ini mungkin tidak relevan dengan temuduga yang anda hadiri. Tetapi, setiap soalan lazimnya mempunyai objektif tertentu.

Asalkan jawapan anda menjawab objektif soalan itu adalah lebih baik dari menjawab soalan secara semberono.

Sumber: A Blog With Purpose

Rujukan Cadangan

Untuk mohon kerja kerajaan anda perlu bersaing dengan ramai calon. Kami cadangkan ebook rujukan berikut bagi membantu anda membuat persiapan. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.