Kenapa Graduan Fresh Graduate Gagal Temuduga Kerja?
Jika anda seorang fresh graduate, anda perlu baca luahan ini.
Ini contoh situasi yang menunjukkan attitude anda akan menentukan sama ada anda akan diterima atau di-reject oleh bakal majikan anda on the spot semasa temuduga kerja.
Anda boleh buat lebih baik daripada calon yang diceritakan.
Interview Fresh Graduate Yang Menghampakan
Semalam saya dan partner interview seorang fresh graduate untuk jawatan Sales Executive. Dia ini perempuan. Masuk minit ke-5, saya minta izin dengan partner untuk keluar.
Saya tak mahu interview dia lagi.
Lenggok badan dia melentuk melentik dan bahasa yang dia guna sewaktu ditemuduga buat saya nak termuntah.
Ada satu soalan yang kami tanya.
"Boleh ceritakan sedikit tentang apa yang cik tahu tentang syarikat kami?"
Ini jawapan yang kami terima.
"Saya tak pasti syarikat you ni syarikat apa, saya main hantar je resume. Boleh saya tahu nama page ke? Saya search sekarang.”
Tak lama selepas itu saya keluar.
Partner saya pula sambung interview.
Kata partner, lepas saya keluar lagi kurang respek bahasa yang digunakan oleh fresh graduate tadi.
Saya pesan kepada partner, lepas ini kalau saya keluar bilik awal lagi, maksudnya saya reject calon tersebut.
Hari ini sepatutnya ada seorang lagi fresh graduate bakal di interview.
Masa first interview by phone call.
Katanya dia sudah lama tak dapat kerja dan susah nak dapatkan kerja.
Kami bagi dia peluang dan buat appointment interview pada jam 3.00 petang hari ini. Dan dia pun setuju.
Tapi tepat jam 2.44 petang kami hanya dapat 1 sms.
"Sorry I can’t come, something came up."
Ada betulnya apa orang cakap.
Baik ambil budak SPM atau CGPA tak tinggi, diploma biasa-biasa, kolej pun entah nama apa. Tapi mereka ini tahu menghargai peluang, tahu susah nak cari kerja.
Yang bagusnya mereka ini senang nak dibentuk.
Kami tahu ramai fresh graduate yang nak cari kerja. Sebagai majikan kami cari orang yang ada ATTITUDE dan ada GROWTH MINDSET.
Anda belajar sesuatu tak dari artikel yang kami kongsikan ini? Kongsikan apa pengajaran yang anda dapat dari perkongsian ini di ruangan komen.
Artikel ini disunting dari post yang dikongsikan Puan Munirah Fuzi di wall FB. Follow beliau di FB untuk perkongsian lain.