Kenapa Calon Gagal Temuduga Kerja?

Share Artikel

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami pernah mengajukan soalan emas ini kepada subscriber kami.

"Kenapa ramai calon gagal temuduga?"

survey sebab gagal temuduga kerja

Hasil dari survey yang kami lakukan, dapat disimpulkan ramai yang menyatakan mereka gagal disebabkan oleh 2 faktor utama. Iaitu:

  • Kurang yakin
  • Kurang bersedia

Antara maklum balas lain yang kami terima ialah calon gagal dalam temuduga disebabkan oleh:

  • Masalah gemuruh
  • Masalah kemahiran berkomunikasi
  • Masalah penampilan diri

Masalah Penampilan

Masalah penampilan diri itu mudah untuk diperbaiki.

Anda hanya perlu perkemaskan lagi penampilan diri anda ketika hadir ke sesi temuduga. Pakai pakaian yang kemas dan sesuai dengan jawatan yang anda mohon.

Umumnya, ketika hadir ke sesi temuduga kerja, pakai pakaian yang bewarna cerah serta kasut yang bertutup. Kemaskan misai dan janggut serta banyakkan senyum.

Baca: [ Cara Jawab Soalan Temuduga Bahasa Inggeris ]

Masalah Persediaan Temuduga

Masalah PERSEDIAAN ini adalah masalah utama yang perlu anda selesaikan. Akibat kurang bersedia ini kesannya besar sekali.

Disebabkan anda tidak bersedia, anda berasa kurang yakin.

Akibat kurang yakin, anda berasa gemuruh dan gementar ketika temuduga. Akibat gemuruh, anda tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dengan baik.

Akhirnya, kebarangkalian untuk anda gagal temuduga menjadi lebih tinggi.

Persediaan Menghadiri Temuduga

Apa yang anda boleh lakukan sebagai persediaan menghadiri temuduga?

Antara persediaaan yang anda boleh lakukan ialah:

  • Kaji tentang latar belakang syarikat
  • Kaji tentang jawatan yang anda pohon

Ada calon yang hadir ke temuduga dengan tidak mengetahui langsung tentang jawatan yang dipohon. Ada yang langsung tak mengetahui nama syarikat dan apa bisnes syarikat.

Ini semua memberikan impresi negatif kepada bakal majikan.

Banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan sebagai persediaan menghadiri temuduga. Kami kongsikan dua dahulu.

Nanti kami akan kongsikan lagi tips menghadiri temuduga kerja.

Baca: [ Cara Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga ]

Anda Perlukan Bahan Rujukan?

Kami cadangkan ebook kerjaya berikut bagi membantu anda membuat persediaan menghadapi temuduga kerja kerajaan dan juga temuduga kerja swasta. Klik gambar ebook untuk download preview copy percuma.