Apa Kesilapan Tulis Emel Mohon Kerja Yang Anda Perlu Elakkan?
Perkara ini nampak remeh. Tapi kesilapan ini membuatkan anda nampak kurang bijak di mata bakal majikan.
Ir Meor Shamshir ada menulis di ruangan Facebook nya tentang kesilapan pada emel yang ditulis oleh graduan yang mahu memohon kerja di syarikatnya.
Kami kongsikan di sini. Semoga ia boleh dijadikan rujukan kepada kita semua.
Silap 01 - Tidak Menulis Subjek Emel
Ini merupakan kesilapan yang kerap dibuat oleh graduan yang memohon pekerjaan dengan emel.
Apabila anda tidak menulis subjek emel, bakal majikan tidak tahu apa tujuan emel itu ditulis. Jadi mereka terpaksa membuka emel terlebih dahulu untuk mengetahui isi kandungan emel.
Majikan ini biasanya sibuk dan perlu uruskan banyak urusan. Jadi anda boleh bantu permudahkan urusan mereka. Tulis subjek pada emel anda.
Ketika menulis emel pastikan anda menulis subjek emel dengan jelas. Ia akan memudahkan emel anda dibaca oleh bakal majikan.
Silap 02 - Menulis Di Ruang Subjek Emel Sahaja
Ini juga salah satu kesilapan yang perlu anda elakkan. Jangan menulis di ruang subjek emel sahaja. Ia membuatkan anda nampak kurang bijak dan tidak profesional.
Gunakan ruangan subjek untuk bagi menarik minat bakal majikan membuka emel anda dan tulis butiran lain di ruangan body emel.
Baca: [ Kisah Majikan Kecewa Ketika Interview Fresh Graduate ]
Silap 03 - Subjek Emel & Body Tidak Lengkap
Menulis subjek emel sahaja tidak cukup. Mudahkan lagi kerja bakal majikan anda dengan menulis subjek dan body yang deskriptif.
Ingat mudahkan bakal majikan anda ketika ingin membaca emel yang anda tulis.
Silap 04 - Menulis Dengan Bahasa Kontot (SMS)
Jangan sesekali menulis emel kepada bakal majikan anda menggunakan bahasa kontot (sms). Ia menyebabkan emel anda sukar untuk dibaca.
Bahasa sms menyebabkan majikan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membaca emel anda. Ia tidak memberi impresi yang baik terhadap bakal majikan.
Baca: [ Contoh Soalan Temuduga Kerja ]
Contoh Emel Yang Lebih Baik
Berikut disertakan beberapa contoh emel yang lebih baik. Anda boleh tiruvasi dan buat versi yang lebih baik lagi.
Contoh 01
Subjek emel ditulis jelas. Emel ini adalah untuk memohon kerja untuk jawatan jurutera muda. Ada ditulis juga sedikit pengenalan diri dari pemohon.
Contoh 02
Subjek emel ditulis jelas. Emel ini adalah untuk memohon kerja untuk jawatan jurutera muda. Sekali lagi penerangan ditulis di ruang body emel. Walaupun tiada penerangan yang lengkap, bakal majikan faham tujuan emel ini ditulis.
Apa Kata Anda?
Sekarang anda sudah pun mengetahui kesilapan yang perlu dielakkan ketika menulis emel mohon pekerjaan kepada bakal majikan anda. Semoga anda berjaya mendapatkan kerjaya idaman anda.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda. Semoga mereka juga mendapat manfaat dari artikel ini.