Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Anda ingin menjadi seorang Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.
Gred: U29
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tangga Gaji
Tangga gaji Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gred | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan |
U29 | RM1797 | RM5753 | RM145 |
Syarat Lantikan
Untuk dilantik menjawat jawatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja), anda perlu memiliki kelayakan berikut :
a) Lantikan Ke Gred U29
- Memiliki diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Tanggungjawab dan skop kerja Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) termasuklah:
- Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]