Jururawat
Anda ingin menjadi seorang Jururawat? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.
Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tangga Gaji
Tangga gaji Jururawat yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gred | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan |
U29 | RM1797 | RM5753 | RM145 |
U32 | RM2331 | RM6394 | RM155 |
U36 | RM3590 | RM7605 | RM180 |
U41 | RM2429 | RM9656 | RM225 |
Syarat Lantikan
Untuk dilantik menjawat jawatan Jururawat, anda perlu memiliki kelayakan berikut :
a) Lantikan Ke Jururawat Gred U29
- Memiliki diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b) Lantikan Ke Jururawat Gred U41
- Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Tanggungjawab dan skop kerja Jururawat termasuklah:
a) Jururawat Gred U29
Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
- Perawatan Kesihatan Keluarga
- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
- Perkhidmatan perancang keluarga.
- Pendidikan kesihatan.
- Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka. - Menyelia
- Menyelia pekerja-pekerja Auxilliary dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
- Pentadbiran
- Mentadbir klinik.
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
- Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
- Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
- Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
- Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
- Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
- Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
- Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.
- Penjagaan Pesakit
b) Jururawat Gred U41
- Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
- Pemantauan Kejururawatan
- Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
- Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
- Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
- Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
- Kawalan Mutu
- Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
- Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
- Latihan Kejururawatan
Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.
Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Jururawat di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]