Latihan Juru X-Ray
Taraf: Diploma
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa: RM835.57 sebulan
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
- Kolej Radiografi Johor Bahru, Johor
Syarat Latihan
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus harus berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia dengan sekurang-kurangnya Gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
Prospek Kerjaya
Pelatih yang tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juru X-Ray Gred U29.
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]