Pembantu Antidadah
Anda ingin menjadi seorang Pembantu Antidadah? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.
Gred: U19
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian: Agensi Antidadah Kebangsaan
Tangga Gaji
Tangga gaji Pembantu Antidadah yang berkhidmat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Gred | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan |
U19 | RM1360 | RM4052 | RM100 |
Gaji permulaan Pembantu Antidadah adalah RM1352.
Syarat Lantikan
Untuk dilantik menjawat jawatan Pembantu Antidadah, anda perlu memiliki kelayakan berikut :
a) Lantikan Ke Gred U19
- Mesti seorang warga negara Malaysia.
- Mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, Atau
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. Atau
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Antidadah termasuklah:
Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Pembantu Antidadah di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]