Penolong Pegawai Perubatan
Anda ingin menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan? Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai jawatan ini.
Gred: U29, U32, U36, U41
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tangga Gaji
Tangga gaji Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gred | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan |
U29 | RM1797 | RM5753 | RM145 |
U32 | RM2331 | RM6394 | RM155 |
U36 | RM3590 | RM7605 | RM180 |
U41 | RM2429 | RM9656 | RM225 |
Syarat Lantikan
Untuk dilantik menjawat jawatan Penolong Pegawai Perubatan, anda perlu memiliki kelayakan berikut :
a) Lantikan Ke Gred U29
- Memiliki diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b) Lantikan Ke Gred U41
- Memiliki ijazah sarjana muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia dengan kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Tanggungjawab dan skop kerja Penolong Pegawai Perubatan termasuklah:
a) Penolong Pegawai Perubatan U29
- Peranan Primer
- Penjagaan Perubatan Primer
- Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
- Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
- Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
- Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
- Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
- Penjagaan Kemalangan Dan Kecemasan
- Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
- Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
- Pentadbiran
- Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
- Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
- Penjagaan Perubatan Primer
- Peranan Khusus
- Penjagan khusus di unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikoatrik, Kardiologi dan lain-lain.
- Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengendalian latihan di jabatan atau program tertentu.
b) Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
- Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
- Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
- Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.
Anda juga boleh membaca maklumat tentang jawatan Penolong Pegawai Perubatan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [ Klik Sini ]